Sejak mutakhir ini, pelbagai skill emas telah wujud. Samada skill tersebut merupakan skill yang dibaikpulih mahupun skill yang betul-betul baru dicipta. Saya menulis tajuk post kali ini dengan nombor 001 dengan harapan saya dapat mengumpulkan minimum 100 skill di blog saya, jika Allah izinkan.
Hari ini saya ingin memperkenalkan satu skill yang umurnya sama umur dengan ibu bapa kita. Ia adalah skill paling awal diperkenalkan dalam permainan emas. Malah para pemain perak (silver) juga ingin memiliki skill ini, namun di negara kita yang tercinta ini masih belum mempercayai kehebatan perak walaupun sejarah telah membuktikan (berkali-kali) kehebatannya.
Skill Emas 001: Beli Emas
Jangan memandang remeh dengan skill pertama ini. Walaupun anda memiliki 100 skill sekalipun, jika skill pertama ini tidak anda aplikasikan, anda sudah menempah sebuah kerugian yang besar dalam permainan emas.
Beberapa penilaian perlu dilakukan untuk melaksanakan skill ini:
1. Harga. Di Malaysia, harga emas tidak dikawal oleh kerajaan, sebaliknya harga bergerak mengikut harga dunia yang berubah setiap minit. Jika pada pukul 08:20, harga emas RM 170/g, pada 08:21 harga emas boleh bertukar mungkin menjadi RM 175/g.
Penjual yang independent biasaya meletak harga mengikut minit. Nubex juga menggunakan sistem harga per minit. Ada syarikat yang mengikut harga setiap 20 minit seperti Public Gold, ada yang mengikat harga dalam sehari seperti Sinar Gold, Lite Gold, GCP. Ada yang bergerak tidak menentu iaitu berdasarkan bullish dan bearish harga emas seperti kedai emas. Harga kedai emas dikawal oleh persatuan FGJAM. Kadang-kadang harga berubah 3 minggu sekali dan kadang-kadang 3 bulan sekali.
Ada harga+upah, ada harga tanpa upah, ada harga + diskaun, ada harga new gold, ada harga used gold. Persoalannya, beli di mana?
2. Spread: Ini juga tidak dikawal oleh kerajaan. Ia berbeza antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. Spread adalah beza harga jual dan harga beli. Lagi dekat harga jual dengan harga beli, maka kerugian pelanggan adalah berisiko rendah.
Tapi sekarang sudah tidak menjadi masalah sebab walaupun syarikat tersebut meletakkan spread, contohnya 10%, kita boleh mengurangkan menjadi 5% bahkan boleh meniadakan spread tersebut. Caranya? Dengan menjualnya sendiri kepada orang lain dan bukan menjualnya (buyback) kepada syarikat tersebut. Jual di mana?
No comments:
Post a Comment