Apa itu gold bubble? Secara bahasa mudah, bayangkan satu jongkong emas telah diikat dengan sebiji belon. Lalu jongkong emas tersebut naik, naik dan terus naik ke atas, tinggi meninggalkan bumi. Apabila belon tersebut sudah hampir mendekati matahari, belon pun pecah kerana kepanasan. Maka jongkong emas pun jatuh semula ke bumi. Apabila jatuh, ia sudah dipanggil bubble burst.
Gold bubble berlaku bermula pada tahun 1970 dan telah berlaku bubble burst pada 21 Jan 1980. Lihat graf A di bawah yang bertarikh 1975 hingga Dis 2011.
Untuk lebih memahami graf waktu berlakunya gold bubble, lihat graf B di bawah.
Pada tahun 1970, harga emas bermula dengan $35/oz. Pada tahun 1980, harga emas naik pada kadar 2328% iaitu pada harga $850/oz.
Maklumat tambahan:
1. Pertengahan 1971 hingga Dis 1974, harga emas naik 471%.
2. Dis 1974 hingga Ogo 1976, turun 50%.
3. Ogo 1976 hingga Jan 1980, naik 750%.
Persoalannya, adakah sekarang kita di ambang gold bubble?
Graf C di atas menunjukkan tentang relative performance, satu perbandingan harga dari 1970 hingga 1980 (line biru) dengan 1999 hingga Dis 2009 (line merah). Walaupun kita lihat dengan mata kasar pada graf A bermula tahun 2001 hingga Dis 2011 harganya naik tinggi, tetapi jika kita perhalusi graf tersebut, bacaannya adalah seperti graf C. Apakah ada kenaikan yang mendadak? Tidak.
Sebab apa? Kenaikan line biru sebanyak 2328% manakala line merah hanya sebanyak 332%. Jika dibandingkan pula dengan kadar antara 2001 ($271/oz) hingga 2011 ($1737/oz), peratusannya hanya 541%.
Graf tambahan:
Garis kuning masih jauh untuk mencapai garis Nasdaq dan garis emas 1980.
Harga emas perlu mencapai garis Nasdaq, iaitu harga emas perlu berharga $3205/oz (sekarang berharga $1737/oz)
Kesimpulan: Bubble masih boleh terbang tinggi membawa jongkong emas kerana matahari masih jauh.
No comments:
Post a Comment