Bismillahirrahmanirrahim.
Skill Emas 002: Plus 30%
Skill ini untuk membolehkan anda memiliki apa sahaja barangan yang anda suka samada ipad, laptop, lcd atau led dan sebagainya, tetapi anda juga akan memiliki emas di arrahnu. Caranya mudah sahaja. Harga barangan + 30% = barangan, emas di arrahnu. Maksud 30% adalah 30% dari harga barangan.
Contoh 1: Anda ingin membeli peti ais yang berharga RM 1000.
A. Barangan: RM 1000B. Plus 30%: RM 300
C. Maka: RM 1000 + 30% = RM 1300. Harga peti ais anda berharga RM 1300, bukan lagi RM 1000.
Contoh 2: Anda ingin membeli mesin basuh fully automatik berharga RM 2000
A. Barangan: RM 2000
B. Plus 30%: RM 600
C. Maka: RM 2000 + 30% = RM 2600. Harga peti ais anda berharga RM 2600, bukan lagi RM 2000.
Bagaimana untuk mempraktikkan skill ini? Saya ambil contoh 2.
1. Pilih barangan (Mesin Basuh Fully Automatik) dan lihat harga (RM 2000.
2. Harga barang + 30% = RM2600
3. Dapat harga baru ( C iaitu RM 2600 ), wang tersebut beli emas.
4. Dapat emas, pergi ke Ar-Rahnu dan pajakkan. Emas berharga RM 2600, apabila di pajakkan akan mendapat pinjaman 70% = RM 2000.
5. Pergi semula ke kedai tersebut dan beli mesin basuh dengan wang pinjaman (RM 2000) hasil ar-rahnu tadi.
6. Orang lain beli mesin basuh tak dapat emas, anda beli mesin basuh dapat emas.
Apa untungnya skill ini?
1. Anda dapat barang, anda dapat emas.
2. Skill ini adalah long term investment.
3. Dalam satu rentang waktu yang panjang dan harga emas semakin naik, emas yang anda pajakkan tadi akan membayar balik harga asal mesin basuh tersebut, bermakna anda beli mesin basuh dengan percuma. Bagaimana? Tunggu skill seterusnya.
Berdasarkan point no. 3 ( Apa untungnya skill ini? ), jika anda mempraktikkan pada kereta, anda boleh bertukar-tukar kereta tanpa perlu menambah wang. Bagaimana? Jawapan tetap sama, tunggu skill seterusnya.
Tuan dan puan, anda begitu beruntung tinggal di Malaysia kerana negara tuan dan puan memiliki Ar-Rahnu. Malah ada berbagai-bagai Ar-rahnu dengan cawangan merata-rata tempat. Saya mendapat tahu, di US, rakyat mereka juga memiliki pengetahuan tentang kepentingan emas sebagai hedging inflation dan sebagai safe heaven, tetapi mereka sukar untuk memiliki. Maksudnya mereka boleh membeli emas melalui pasaran gelap sahaja kerana di sana ada undang-undang pembelian emas untuk orang awam. Ditambah pula mereka tiada Ar-rahnu. Maka mereka tidak dapat memanfaatkan skill Plus 30% ini.
Ar Rahnu Bank Rakyat terima barang kemas yang bukan 999.9 skrg ni.
ReplyDeleteJadi soalan saya, kat mana yang masih boleh buat pajakan ar rahnu? Semua dh x terima emas ketul kan? Kecuali sykt sendiri mcm PG ada sistem pajakan tersendiri..mohon pandangan.
Salam.ditempat saya masih menerima brg kemas 999 atau 999.9.
ReplyDelete1)BR sg.buloh:perlu bw sekali resit
2)BR Subang: xperlu resit
3)Agro sg.buloh:xperlu resit
klu tpt anda dh tak benarkan,anda kena gantikan barang kemas 999 kepada 916.memang 916 ada masalah downgrade dan 999 tidak.tetapi lebih baik downgrade daripada xblh nk pajak.
dengar desas-desus mengatakan tahun ini agro akan menerima kembali pajakan emas ketul.