Bismillahirrahmanirrahim.
Apa kelebihan emas?
1. Boleh dipajak untuk mendapatkan wang tunai dengan segera (paling cepat 30 minit). Kalau tak dipajak? Ia akan jadi simpanan yang nilainya semakin hari semakin naik dan ianya juga kalis inflasi.
2. Boleh dijadikan sebagai pasif income secara tetap setiap bulan walaupun harga emas sedang jatuh tergolek (boleh juga jadi pasif income secara tetap setiap minggu jika guna skill pair 8).
3. Boleh bermula dengan serendah RM 200 walaupun pelaburan ini tergolong dan sebaris dengan kumpulan pelaburan yang memiliki pulangan yang besar iaitu 10% per annum. Kebiasaannya pelaburan yang pulangannya bermula dengan 10% per annum, ia memerlukan modal yang tidak sedikit (Unit Trust bermula dengan RM 1000, saham Indeks dan hartanah bermula dengan RM 5000 hingga RM 10,000).
4. Boleh membeli dengan mudah dan pantas. Tidak perlu beratur, isi borang dan menunggu berminggu-minggu untuk menjadi hak kita.
5. Mudah dibahagikan kepada anak-anak dan isteri-isteri samada ketika kita masih hidup atau telah meninggal dunia. Tidak perlu pihak ketiga, keempat dan kelima. Mereka tidak kisah pattern apa dan jenis apa. Yang penting karatnya sama. Jika nak bahagikan rumah atau tanah, mungkin ada yang merungut sebab dapat tanah yang tidak subur dan mungkin ada yang senyum girang sebab dapat rumah yang berlokasi strategik.
No comments:
Post a Comment