Sunday, November 13, 2011

Post 3: What Driving Gold?














Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Pada post ini, kami akan menerangkan kepada anda, kenapa harga emas terus naik dan naik (dalam jangka panjang)?

1. Supply: Pertumbuhan emas di seluruh dunia hanyalah sekitar 2% setahun. Ini termasuk emas yang dilombong dan emas recycle.

2. Demand: Sekarang seluruh dunia sudah celik dengan precious metal sebagai hedging infation, ditambah lagi dengan negara besar dunia seperti China, India dan Rusia yang ada usaha ingin menambah stok masing-masing dan mereka lebih banyak membeli daripada menjual. Rakyat negara China telah digalakkan oleh kerajaan untuk memiliki emas dan perak sebanyak-banyaknya. Para pelabur juga sudah pandai untuk memindahkan modal mereka kepada precious metal sekiranya berlaku masalah kepada saham-saham dunia.
Apabila banyaknya demand berbanding supply kerana faktor-faktor di atas ya

ng membuatkan emas membeku (tidak berlegar di pasaran kerana disimpan), harga emas terus melambung.

3. USD: Disebabkan US mencetak matawangnya dengan tidak bersandarkan kepada nilai reserve emas yang dimilikinya, maka matawang tersebut akan semakin jatuh. Kenapa mereka mencetak USD? Sebab mereka nak berbelanja dan perbelanjaan yang mereka lakukan adalah lebih banyak daripada pendapatannya.



















































Graf di atas menunjukkan USD semakin menurun disebabkan oleh kelulusan kerajaan US untuk terus mencetak wangnya (atau dipanggil dengan "Quantitative Easing", sekarang dah kali ke 3).

Kredit kepada geraidinar.com

Setakat itu dulu buat masa ini. Post ini akan di"update" dari semasa ke semasa agar sesuai dengan keadaan semasa dan memperbaiki isi dan penyampaiannya agar pembaca sekalian dapat memahami situasi sebenar ekonomi dunia sekarang, insya'allah.

No comments:

Post a Comment