بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Post sebelum ni bertajuk "What Driving Gold?" Post kali ni kami nak terangkan tentang perak pula. Para old timer kedua-dua precious metal ni, perak dikenal sebagai adik kepada emas, ada juga yang memanggilnya "poor gold". Walaupun perak dipandang sepi dan agak terpinggir, namun sepi dan diamnya berisi.
Lihat saja graf di atas, antara Julai 2003 hingga November 2006 (3 tahun ++), perak mencipta capital gain sebanyak 205%, manakala emas yang dibanggakan dan dilihat gah hanya mampu mencapai capital gain sebanyak 84% sahaja. Sekarang kita telusuri jawapan kepada persoalan what driving silver.
1. Industrial Demand: Industri telah menggunakan lebih 40% berbanding kegunaan lain di seluruh dunia. Lihat graf di bawah.
2. Silver as a Monetary Asset: Sama kegunaannya seperti emas, perak juga telah digunakan sebagai matawang sejak sejarah manusia bermula. Dalam sejarah Islam, ia dipanggil dirham, sementara matawang emas dipanggil dinar. UK juga telah menggunakan perak sebagai matawangnya dan kali terakhir adalah pada 1946 (sebab kegunaannya dimansuhkan). Walaupun ia dimansuhkan, tetapi perak tetap diyakini sebagai ideal retainer of wealth dan giving a sense of stability of the money system seperti mana emas kerana nilainya sentiasa berlawanan dengan USD.
Kredit to wealthdaily.com, sunshineprofit.com, silverseek.com, getricheasily.blogspot.com
No comments:
Post a Comment